Tuesday, 3 November 2015

Persiapan Makan Anak 6 Bulan - Soalan Lazim

Sebab mmy ni dah start anak nak masuk 6 bulan, juga start untuk solid food, maka maknya tengah cari info juga pengalaman mak mak lain dalam proses beri makan untuk pertama kali ni.
Anaqi lagi 3 minggu nak masuk 6bulan. Macam macam persoalan fikir. Tapi tak semua boleh hadam dalam satu hari.

Google sudah. Lepas tu godek godek FB Homemade Baby Food & Information. Nahh soalan lazim yang mak mak baru macam den ni yang mau jawapan. Terima Kasih Eyra Nazeera sebab tak lokek ilmu share pasal ni. Saya mohon izin untuk copy kat sini sebab senang nanti nak refer. :)
*baca nanti sebab tak sempat nak scroll semua. parking kejap kat sini. (Tak pasal2 tiba tiba berblog. Kaka)


1) ANAK SUDAH 6 BULAN. MAHU BERI MAKAN APA?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.


2) SEHARI BERAPA KALI MAKAN?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?
- 2,3 sudu / 0.5oz sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) PURI BOLEH TAHAN BERAPA LAMA DI DALAM CHILLER DAN FREEZER?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) CARA PENGENDALIAN PURI APABILA HANTAR KE PENGASUH/TASKA?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) BETIK, PISANG, AVOCADO PERLU DIKUKUS SEBELUM DIBUAT PURI?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) BAGAIMANA MAHU BUAT PURI?
- Cara membuat puri ada di google.
- Kebiasaan segala jenis buah/sayur keras seperti EPAL, PEAR, BUNGA KOBIS, LOBAK perlu di stim kan dahulu sebelum dikisar menjadi halus.

9) BILA BERI ANAK MAKAN, MESTI BERI AIR KOSONG?
- Ya.

10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT. BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK SUKA DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) ANAK SEMBELIT/CIRIT BIRIT. NAK BERI MAKAN APA?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) BILA BOLEH BERI IKAN?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak.
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) BAGAIMANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ANAK?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) TEPUNG APA SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.

CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.

17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) BILA BOLEH BERI TELUR? BAGAIMANA CARANYA?
Telur kuning mula diperkenalkan setelah baby mencapai usia 8 bulan dan sebelum 1 tahun yang akan menerima suntikan MMR.

> KAITAN MMR vs TELUR
suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti mana yang terdapat dalam kuning telur. Maka, sebelum baby diberikan suntikan MMR, baby diberi terlebih dahulu kuning telur untuk mengesan sama ada badan baby mempunyai apa-apa tindak balas atau tidak terhadap kolostrum. Sekiranya selepas diberi telur kuning dan baby tidak menunjukkan sebarang tanda alahan, maka boleh dianggap baby tersebut bersedia untuk menerima suntikan MMR setelah mencapai usia setahun kelak.

Namun, sekiranya terdapat alahan pada telur seperti naik ruam, bintik merah pada kulit dan sebagainya, sebelum menerima suntikan vaksin pada usia setahun, ibu bapa perlu maklumkan kepada doktor atau nurse terlebih dahulu bahawa bayi tersebut alergik dengan telur. Ini amat penting, agar tiada kesan sampingan yang dialami sebelum menerima suntikan tersebut. Kebiasaannya, doktor atau nurse akan bertanya tahap alahan terhadap telur sama ada serius atau tidak. Sekiranya keadaan agak serius, doktor mungkin akan menangguhkan dahulu suntikan tersebut atau suntikan tersebut masih boleh diberikan kepada bayi tetapi perlu di bawah pengawasan doktor selepas menerima suntikan.

- Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

Kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu


19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.


20) APAKAH 4-DAY-RULE? KENAPA PERLU AMALKAN KAEDAH INI?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) BOLEH PERKENALKAN MAKANAN SEBELUM ANAK 6 BULAN?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA KUNING/ASAL?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
===============================
Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah :-
UMUR 6 BULAN :
Brown Rice, Avocado & Banana, Apple, Pear, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis, terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain, Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis, terung, cendawan, bawang, cili benggala,ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish
sumber : Panduan Pemakanan Bayi


Kredit : Eyra Nazeera
https://www.facebook.com/groups/homemadebabyfoodandinformation/1627595357526067/?notif_t=like
  

Wednesday, 7 October 2015

TERNYATA

Percubaan tak berjaya. Kaka

...

Tak best la taip dengan phone. Taip panjang panjang macam ni macam tak sesuai nak ber blogging. Kadang2 taip tap tap tap laju laju macam ni macam tengah text orang marah marah. Kaka. Teda feel la ini maciammm.

...

Dah tu 30days challenge tu sambung tak?

...

Tak la kot selagi ngadap phone semata. 😂😂 Yampunnnnnn.

...

Dah tu bila nak blog betul betul ni?

...

Nantilah ~~😝

Sunday, 4 October 2015

How time flies

How i miss this blog. Sekarang macam macam apps for phone kan? Semua dah di hujung jari - takde masa nak ngadap pc hanya utk blogwalking or potpet potpet cerita perkembangan semasa --- kununnyaaa. 😅

Intro.

Hi, nama saya Zarith. Zarith Wannor. Saya dah kahwin dan dah ada anak 4 bulan. 🙈👪

Kenapa saya muncul sini? Sebab rinduuuuuuu nak menaip konon konon cakap sorang sorang.

Hakikatnya -- takde orang nak dengar luahan saya. Kaka.

Sadis.

Maka -- hari ni saya cuba update balik segala benda dekat blog ni. CUBA dulu baru tau. Moga CUBA dapat bertahan lama. Good Luck CUBA. 😄😄😄

Langkah pertama. Untuk disiplin diri update blog. Nak buat balik 30days ni. 👇👇

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 02- The meaning behind your Blog name.

Day 03- A picture of you and your friends.

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Day 06- Favorite super hero and why?

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Day 08- Short term goals for this month and why.

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

.

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Day 11- Another picture of you and your friends.

Day 12- How you found out about Blog and why you made one.

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Day 14- A picture of you and your family.

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Day 16- Another picture of yourself.

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Day 18- Plans/dreams/goals you have.

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Day 21- A picture of something that makes you happy.

Day 22- What makes you different from everyone else?

Day 23- Something you crave for a lot.

Day 24- A letter to your parents.

Day 25- What I would find in your bag?

Day 26- What you think about your friends?

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned.

Day 30- Who are you?

Akhirnya -- kita CUBA okay. Agak agak masih bersikap budak budak ke aku ni? Wahahaha.

Seriously macam kena buat reminder utk update. Sooooooo mak nenek dah tua nyanyuk segala bendaa. 👵👵

Selamat malam.

Takleh panjang panjang taip -- kan dah tua.😂

Saturday, 9 August 2014

Gampang

" Perkara yang paling aku benci tentang alam maya ialah betapa gampang kita salah faham dan betapa senang kita terasa hati" - Langit Vanilla ; Wani Ardy


Dan


Berderai hujan tanpa angin dan ribut. 

Kisah Kita.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama sunyi dari dunia blog semua bagai. Ntah apa sebab -- terdetik untuk luahan satu cerita kita ni. Secara mendadak bukan? Tak ada kisah mana datang - tatahu apa cerita mana pergi -- terus datang mahu cerita kisah kita.

Kenapa?

Sebab tak sanggup hadap dan fikir benda ni. Sebab benda ni berkait pada majlis kahwin tuari. Sebab setiap kali hadir ke majlis kahwin -- mahupun bercakap tentang kahwin seseorang -- hati dan perasaan tak tentu pasal. Masih teringat pada majlis kahwin sendiri. Yang sepatutnya majlis tu lengkap dengan kita. Lengkap dengan gembira. Dengan terukir satu sejarah dalam kisah kita.

Aku tahu -- dengan tertaipnya kisah kita ni -- Mr M pastinya tak suka. Mungkin ada yang tahu kisah kita ni juga takkan suka. Patut kisah kita ni didiamkan saja. Diam dan diam. Orang kata diam lagi baik dari cakap pape kan?

Tapi entahlah -- aku rasa kisah kita perlu tahu mana salah silapnya. Sebab kisah kita terlalu mendadak. Terlalu tak fair. Tanpa aku tahu apa sebab utama. Apa yang terjadinya kisah kita. Apa penyebab. Apa masalah. Apa kalian ada dendam. Atau kalian ada tak suka dari segi macam macam. Ntah.

Untuk 'Kita',

Kalau kau baca kisah kita ni -- sungguh aku nak tahu. Sungguh aku nak slow talk. Apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa masa majlis aku, sampai sedemikian rupa jadinya. Kenapa tidak kita share- kan bahagia sama sama. Janji kita semua untuk honeymoon sama. Janji kita pergi bercuti sama. Mohon -- hati kecik kalian - cubalah cakap elok elok dengan aku. Apa masalah sebenarnya.

Aku tahu -- ibarat Kisah Kita ni mengungkit apa yang lepas. Tapi hati aku tak tenang. Sungguh aku mahu katakan -- WEDDING day menyeksakan aku. Setiap apa aku tengok pelamin orang, bahagia orang hadapi majlis sebelum, semasa dan selepas, sharing each other -- buat aku seksa. Sedangkan aku - pada majlis aku, selepas semalam -- bertalu talu aku dihina, diperlekehkan, dituduh macam macam. Tuhan saja tahu perasaan aku waktu tu. Yang mana kalian adalah sayap kiri kanan aku.

Aku tahu -- kalau ikut hati kalian dari sejak awal kita kenal -- memang tak akan mengalah bukan? Tak apa. Kalau benar salahku -- mohon -- bagitahu elok elok. Sebab aku tak tahu apa punca semua ni.

Yang aku tahu -- kalian suruh AKU HARGAI ORANG. And kalian tidak mahu dengar sepatah pun penjelasan aku. Kenapa?

Atau kalian -- tidak suka pada senyum dan gembira aku?

Kalau boleh - aku tak nak sia siakan kenal kita dari sekolah. Kalian banyak tolong sama sama.

Apa yang aku boleh buat untuk pastikan tidak persalah fahaman ni?

Cuma satu mampu aku luahkan --

Kalau Kisah Kita disebabkan lelakiperempuan itu -- kalian patut tahu dari awal cerita aku dan lelakiperempuan itu. Perjanjian asal sepertinya yang WOW mengalahkan semorang katanya. Siap nak sponsorkan baju. Siap bagi pesanan pada aku " Harga ini(yang diberi utk majlis aku), jangan diberitahu pada kalian berdua, kerana ini hanya harga aku, yang mana kalau kalian berdua mahu servis dia -- harga akan tinggi sedikit." Terus -- aku diamkan harga. Sampai majlis. Sampai kalian hina kewangan aku. Yang kalian tidak tahu menahu langsung pada awal perjanjian. Yang kununnya sama sama tolong kawan.

Sudah --

Kisah Kita ni kalau kalian tahu -- atau kalian baca -- mungkin terus terusan salahkan aku. Katakan aku ungkit. Katakan aku tiada duit. Katakan saja miskin ku. Tidak mengapa. Kalian tidak hadap cerita ini. Tidaklah kalian rasa seksanya macam mana.

Malam pertama, kedua, ketiga sampailah seminggu -- hanya berair mata sampai sudah. Dan ikut hati dan emosi sekarang pun -- terasa macam kena tusuk panah. Ngilu.

Kalau kalian mahu Maaf dari aku -- YA -- Aku minta maaf kalau di waktu majlis tu, aku bergurau kasar - aku mintak kalian buat macam macam. Aku susahkan kalian. Aku bazirkan masa kalian. -- Sesungguhnya kalau tahu semua ni akan ada Kisah Kita -- Sungguh aku hanya ajak kalian waktu majlis sahaja. Tak usah ada sebelum tu. Sebab aku lagi kasihkan hubungan kita sejak sekolah tu. Akan aku elakkan apa apa sahaja yang boleh terjadinya Kisah Kita. Sungguh.

Dan akhir sekali -- usahlah kalian terus menghukum aku. Apa salahnya kalian hanya terus bersemuka dan cerita ketidak puasan hati tu. Atau - memang sengaja?

Yang peliknya -- lagi seorang yang marahnya lain macam. Cuba tanya dulu cerita awal kami macam mana.

Atau -- memang tak suka aku dari dulu?

 

Saturday, 21 September 2013

Hi

...

.

.

.

.

Tak tahu macam mana nak taip. Nak update blog. Nak bagi jari laju menaip. Tak tahu dah macam mana dengan dunia blog. Kesian saya.

Kan best, kalau masa sangat panjang dalam satu hari.

Masa untuk update blog.

Masa untuk twitter.

Masa untuk main game.

Masa untuk instagram.

Masa untuk tengok tv.

Masa untuk keluar dengan kawan kawan.

Masa untuk baring.

Masa untuk youtube.

Masa untuk basuh baju lipat baju kemas rumah.

Masa untuk saje jalan jalan amik angin.

Yang ada masa sekarang. Masa untuk bangun tidur - pergi kerja - balik kerja - tidur.


Rindu waktu belajar. Sungguh-pun.


...

Friday, 31 May 2013

its been a while

Its been a whileeeeeeeeeeeeeeee.

Holaaa. Rindu tempat ni. Rindu ada waktu kat sini. Rindu singgah tambah pengetahuan kat sini. Rinduuuuuuuu.

Ada masa, kan ku gali ini tempat. Tengok la....


Sunday, 16 December 2012

Pelik

Bila mana suatu kesakitan yang dirasai sekian lama, tak hilang sampai sekarang. Kenapa?

Seriously, dah lama aku ada satu sakit ni, yang mana paha aku tak boleh di tepuk tampar. Nanti ada sakit ngilu dalam paha. Sakit sangat. And tak hilang sampai lah sekarang.

Ceritanya bermula,

Satu hari, umi dan ayah aku ke Kuala Lumpur atas satu urusan. Kalau tak silap masa tu masih alam persekolahan. Beberapa-rapa-rapa tahun yang lepas. Mungkin.Waktu tu aku keseorangan di rumah dan malamnya aku tidur dalam bilik mereka.

Sampai sekarang aku ingat, tengah tengah malam tu, paha aku tetiba sakit. Paha kiri. Sakitnya macam kena cucuk satu jarum panas terus sedalam dalamya paha ni. Ngilu dia Ya Allah, Tuhan saja tahu. Sambil menahan sakit dan air mata, aku tertidur.

Dan sejak hari tu, paha kiri aku rasa lain macam. Lenguh. Ngilu sekali sekala,

Kenapa?

Waktu tu, pernah aku bagitahu umi - tentang sakit ni. Umi pelik. dan cuba bawak panggil makcik urut. Urutkan paha. Tapi makcik tu cakap, umur muda lagi, so tak boleh nak urut macam orang tua. Umi akur - sakit pun kurang.

Pernah ke klinik, pun tiada masalah sakit yang ada.

Tak pelik?

Makin lama, sakit tu makin kurang. Dan sangkaan aku, sakit tu dah hilang. Aku pun dah lupa dengan wujudnya sakit tu. Sampailah suatu hari, kawan aku bergurau lantas tepuk paha aku se-sopan mungkin. Tapi, perasaan time tu macam nak tampar kawan tu, terus mengalir air mata, sakit macam tak tertanggung.

Sakit tu macam kena kejutan elektrik. Zass! Ngilu macam berdesing. Aku tak mampu nak jelaskan sakit tu. Terus aku bagi amaran kepada sesiapa pun, tolong jangan bergurau tepuk paha aku. Sensitif.

Kadang kadang, sakit tu rasa sikit sikit. Tapi bila aku cuba tepuk tepuk lembut paha ni, terasa sakit bergetar dalam tu. Sakit apa ni??


Dan setelah sekian lama, malam ni, sakit tu terasa lagi. Sekarang kaki dan paha kiri aku lenguh. Teramat. Dan sekarang jugak, rasa sikit ngilu tu ade. betul betul tengah tengah paha. Nak garu tak rasa. nak urut tak berguna.

Yang mampu, sapu minyak ubat dan berharap sakit ni hilang.
:'(

161212/2154

Saturday, 20 October 2012

"Cukup Sekadar Cukup"

Assalamualaikum..

Tadi bila pulang ke rumah. Hadap pc sebelum heret badan ke katil. Bagi rehat dengan hampir satu hari perjalanan. Sepanjang perjalanan pelbagai sindiran aku dapat. Terutamanya pasal kerja dan duit.

Bila fikir, kenapa perlu cari sesuatu untuk pandang sinis, cakap tak berlapis? Kenapa perlu ada sindiran. Bila kau tahu status tidak bekerja, adakah kau tahu segala perjalanan mereka sepanjang hari? Kiranya kau fikir status tidak berkerja adalah makan, minum dan tidur dirumah?

Sempitnya otak kau.

Aku bukan ceritawan, yang perlu aku jelaskan semua perjalanan hidup aku kat semua orang. Cukup lah kau menghormati orang. Itu yang aku mintak.

Panas hati mendengar sindiran tu, tapi macam biasa, aku hanya gelak dan gelak. Selagi aku mampu gelak. Anggap semua tu gurauan. Positifkan diri, tapi hakikatnya?

Tak guna berterus terang, bercerita semua pada orang yang tak pernah paham.

Damn. Panjang intro aku diikutkan hati panas tetiba berapi.

Ceritanya, aku update blog sebab nak share madah pujangga dari seorang yang cukup aku kagumi. Fynn Jamal.

ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.
sungguh.
aku faham.

seperti tak ada logika bagi suami isteri itu terlalu cinta.
begitu serasi.
terlampau bahagia.
seolah obsesi.

ye.

aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang kampung.
dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"

kasar, abah ajar aku.
keras, dia tanam dalam aku.
tersiratnya--
kongsi cuma yang gembira--
pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka?
cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?
sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.

entah.

secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".
kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.
hakikatnya--
KITA adalah kawan kita sendiri.

usah menayang sayu.
apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"
itu.
cuma itu dapatmu.
paling2-- dibantu buat sementara.
masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

maka cuba.

cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita. tentang suami jahat, kakak ipar cilaka, kawan baik palat, abang kita derhaka.

cuba lebihkan bercerita bahagia.
BUKAN dengan bongkak--
kerana itu mmg haprak.
cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.

Setiap ayat dan kata beliau buat aku sedar. Buat apa aku sibuk ceritakan segala duka aku? Kenapa aku perlu sharekan sayu aku? Meminta simpati siapa? Orang ramai? Untuk apa?

Thanks FYNN JAMAL. Akan aku semat dan jadikan semua ni salah satu perjalanan hidup aku nanti. Perjalanan yang penuh bahagia. Insyaallah.

Dan moga, FYNN JAMAL dan keluarga hidup bahagia hingga akhir hayatnya. Amin

Sunday, 14 October 2012

Perubahan

Assalamualaikum..

Bila mana terasa sesuatu perlu diluahkan, terpanggil panggil blogspot yang dah nun jauh dimata minta didekati. Dasar pentingkan diri. Hanya digunakan bila perlu. LUMRAH. :)

Sekarang, hidup makin ke arah positif. Dan juga haruslah usia makin meningkat. Memerlukan perubahan pada diri sendiri. Harus berubah, demi masa depan.

Terutamanya  social network.

FACEBOOK
Segala gambar, status dan anything yang perlu share harus ditapis. Banyak mata melihat. Dan rasanya perlu dikurangkan jumlah 'friends' untuk mengelakkan sebarang fitnah dan umpatan.

Perlu juga ditapis segala benda, sebab masa depan. Mungkin dua keluarga bakal bertemu. Mungkin. Segala sikap dan perangai buruk harus dikikis, dibuang dan diubah untuk kebaikan bersama. Pesanan dari Ibunda, dan juga Mr. M, segalanya perlu didengar.

Perjalanan masih jauh.

TWITTER
Satu satunya acc yang 70% berdasarkan luahan hati aku. Segala cerita. Marah, dendam, duka, gembira, kecewa, sayang, sakit hati, sindiran, semua diceritakan. Yang mana boleh berlaku salah faham.

Mungkin, twitter ni perlu di 'private' untuk diri sendiri. Risau terlepas segala benda yang boleh mengundang iri hati, benci, bahan umpatan dan bahan cacian.

Perangai manusia memang pelbagai.
Makin meningkat usia, makin serius memikirkan masa depan. Banyak hati perlu dijaga.

Mungkin, suatu hari nanti diri sendiri akan membawa perubahan yang positif mungkin. InsyaAllah.


Ai ai captain! ;P

Tuesday, 4 September 2012

My Sweet Escape


Dah lama sangat menyepi, sudah jauh sangat ku pergi. Yang hanya mampu berbicara, tiada apa lagi yang perlu dicerita. Bicara tiada, cerita tiada. Hanya rindu mendatang.



Mungkin sampai masanya, kan kita bersua lagi wahai blogspot. :)


*jiwang sangat ayat ni dah kenapa?

Sunday, 1 January 2012

New Year but The World has become old

Permulaan yang baik pada tahun baru. Hari ni banyak benda positif yang berlaku sekeliling aku. Walaupun kerja ada lagi tertunggak, tapi stress tak ada. Ini berita baik! Bagi aku lah. Hehe..

Semalam kecoh orang duk sambut tahun baru. kesitu kesini and benda yang jadi hot story, antara I-City dan Dataran Merdeka Shah Alam. Antara pemimpin negara kita dengan Ustaz yang semakin popular sekarang. Perbezaan yang besar bukan. Tapi aku rasa dua dua mendapat sambutan hebat, cuma sambutan yang berlainan cara. *senyum. Kalau diberi pilihan, mungkin akan ku jejakkan kaki ke dataran sebab ceramah ustaz tu best. Tapi, pilihan aku lebih selesa duduk dirumah sebab aku tak suka jam and sesak. So, malam new year aku layan School of Rock. Okaylah tu.

Tapi, aku tetiba datang menaip panjang macam ni bukan nak sibuk pasal sambutan new year. Tadi, setel semua kerja, aku layankan beli surat khabar. Dah lama kot tak membaca. Bagi alasan busy boleh? :)

Metro. Biasalah, kalau muka depan tak sehangat hangat hangat tahi ayam, jangan harap lah nak jadikan cover. Muka depan pasal yang meninggal pasal lemas tu, and, memang hangat cerita pasal Belaian Pulau ntah ape tah. Tak berminat. Tapi, benda yang menarik minat pasal 5 artis paling cantik dimenangi oleh Ayu Raudhah. Neelofa dapat no. 2! Ini tidak adil! nak Neelofa no.1 boleh? Haha.

Tapi rasanya tak heran sangat semua tu kot. Sambung belek.

Tiba tiba aku terbaca, Dunia 2012. Lain macam je background dia. Aku ingat macam iklan ape benda tah yang cakap 2012 akan berakhir tu. Tapi rupanya lain.



Belek lagi.

18 kejadian diramal berlaku.



Meh nak kongsi secara ringkas.

1. Kekurangan bahan logam nadir bumi (REM). REM diperlukan untuk menghasilkan pelbagai barang, termasuk solar elektrik, ponen solar dan komponen komputer. Masalah ini dijangka berlanjutan sehingga tiga tahun.

2. Gangguan bekalan makanan di Barat. Bagi tempoh 2012, penganalisis berpendapat, akan ada satu atau lebih gangguan bekalan makananserius yang membimbangkan warga AS.

3. Jangkitan kuman berbahaya yang mengalami revolusi dipercayai berleluasa dan mula menjangkiti orang ramai - kemungkinan disebarkan melalui sekolah @ gimnasium. PUNCA? Penyalahgunaan antibiotik dan kegagalan kakitangan hospital menjaga kebersihan tangan.

4. Bukti baru mengaitkan vaksin dengan kegagalan neurologi. Ada bukti menunjukkan pertalian vaksin dengan masalah neurologi seperti penyakit Alzheimer.

5.Grid Tenaga AS menghadapi kegagalan besar. Pada satu peringkat, grid tenaga AS akan mengalami kegagalan fungsi dan meletakkan puluhan juta warganya dalam kegelapan - proses membaik pulih mengambil masa 72 jam yang boleh mencetuskan suasana panik dan kelam kabut.



6. Kerosakan satelit - samada satu atau lebih komunikasi gangguan utama dan menyebabkan gangguan menyeluruh dalam perkhidmatan telekomunikasi. PUNCA? Mungkin akibat serpihan angkasa, nyalaan solar atau roket.



7. Pencemaran hasil perladangan yang diubah suai secara genetik membawa kepada krisis.

8. Kemerosotan populasi lebah madu mengancam spesis lain.

9. Pola cuaca semakin berubah secara radikal. Bersedia menghadapi banjir, gempa bumi, kemarau, gelombang panas dan salji tebal ketika cuaca dunia semakin tidak stabil. Isu kemarau akan melanda kawasan yang biasanya berair, manakala kawasan lain, air berlebihan melanda kawasan yang lazimnya kering. Lebih ramai penduduk dunia terpaksa berpindah serta mengalami kemusnahan harta benda.


10. Permintaan tenaga nuklear global meningkat.


11. Senjata nuklear digunakan di Timur Tengah. Ada kemungkinan senjata berbahaya itu digunakan dalam konflik di Timur Tengah terutamanya membabitkan perseteruan Israel-Iran. Agak membimbangkan apabila rejim Zionis mungkin menggunakan bom konvensiaonal pemusnah kubu untuk mensasarkan kemudahan memproses senjata nuklear Iran. Jika keadaan itu berlaku, debu radioaktif daripada loji berkenaan akan mencemari Timur Tengah, menyebabkan kematian besar. Satu lagi kebimbangan, kumpulan radikal mencuri senjata nuklear Pakistan untuk mengancam kestabilan di rantau itu.

12. Penarafan keupayaan hutang AS akan diturunkan, manakala pelabur mengurangkan pembabitan menyelamat ekonomi negara itu. Ketika ini, kreadibiliti kewangan AS dianggap rendah pada mata dunia.

13. AS hampir berperang dengan dunia keran isu sumber semula jadi. PUNCA? Kemungkinan besar minyak, tetapi ia juga mungkin disebabkan gas semula jadi atau bahan galian.



14. Skandal besar membabitkan syarikat maseutikal.

15. China melancarkan serangan elektronik ke atas Barat.

16. Propaganda keganasan (AS) - pihak tertentu dalam kerajaan melancarkan 'kempen antikeganasan' palsu.



17. Cubaan memusnahkan kebebasan Internet.

18. Tahap kesuburan menurun. Dijangkakan kadar kelahiran manusia akan terus merosot akibat kualiti sperma yang rendah - dipercayai akibat pengambilan ubat dan bahan kimia.

So, macam mana. Kita merancang, Tuhan menentukan. :)


Sekadar Kongsi! :)

Artikel dari Metro Ahad 01 Januari 2012.








Friday, 30 December 2011

Thursday, 29 December 2011

Mood masih sama. ♥♥♥

Dari kiri, Si Debab, Si Comel, Si Kurus!
Si Debab adalah si makan banyak dan tidak suka duduk diam. :p

Wednesday, 21 December 2011

Video for J.


Excited belum habis. tak sabar tunggu dorang boleh berjalan. boleh pegang dorang. boleh kacau kacau dorang! :)


Monday, 19 December 2011

Gembira Kejap

Baru je happy excited dengan kelahiran 'cucu' hari tu, tapi sekarang seekor dah mati. :( Sedih tahu tak. taktahu nak buat apa, tak tahu nak cakap macam mana. hati kecil menangis. :'( Harap harap lagi 3 ekor dapat hidup sampai besar! 


* kesian dia. :(

Saturday, 17 December 2011

Selamat Datang Minggu Ke-14!

Isnin (19 DEC 2011)
- ORAL TEST MANDARIN.
- HANTAR VIDEO MANDARIN


Selasa (20 DEC 2011)
- BUAT BLOG UNTUK SUBJECT EVENT PHOTO
- FINAL SUBMISSION EVENT PHOTOGRAPHY 
  • Street Photography (1 best photo) 
  • Travel Photography (10 best photo)
  • Event Photography (5 best photo)

Rabu (21 DEC 2011)

- TEST COLOR CONTROL IN LITHOGRAPHY


Khamis (22 DEC 2011)
- TEST PRODUCTION MANAGEMENT
- HANTAR REPORT PRODUCTION MANAGEMENT
- HANTAR REPORT SUMMARY PROF


Jumaat (22 DEC 2011)
- HANTAR REPORT ETP
- HANTAR SELF ANALYSIS


Isnin (27 DEC 2011)
- FINAL SUBMISSION COMMERCIAL PRODUCT PHOTOGRAPHY


Yay!! bestnya kan bila dah minggu last ni? Tapi, aku dapat rasakan ada beberapa yang aku takkan sempat hantar, and salah satunya yang confirm - EVENT PHOTOGRAPHY! Haha! Mana lah sempat eden nak pergi travel nak shoot. yang ke Melaka hari tu pun still frust. dem.

FINAL EXAM
7 January 2012 (Saturday)

Tapi yang pasti, final exam hanya satu! yehaaa!
blog ni aku akan open bila semua assgment photo dah siap. markah ni wei. tak buat blog tadak markah! haha - and patotnya dah kena submit pun blog ni tapi ... :) :p
Semoga aku dapat siapkan semua and takde repeat peat peat peat!



another story

Related Posts with Thumbnails