Sunday, 4 October 2015

How time flies

How i miss this blog. Sekarang macam macam apps for phone kan? Semua dah di hujung jari - takde masa nak ngadap pc hanya utk blogwalking or potpet potpet cerita perkembangan semasa --- kununnyaaa. 😅

Intro.

Hi, nama saya Zarith. Zarith Wannor. Saya dah kahwin dan dah ada anak 4 bulan. 🙈👪

Kenapa saya muncul sini? Sebab rinduuuuuuu nak menaip konon konon cakap sorang sorang.

Hakikatnya -- takde orang nak dengar luahan saya. Kaka.

Sadis.

Maka -- hari ni saya cuba update balik segala benda dekat blog ni. CUBA dulu baru tau. Moga CUBA dapat bertahan lama. Good Luck CUBA. 😄😄😄

Langkah pertama. Untuk disiplin diri update blog. Nak buat balik 30days ni. 👇👇

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 02- The meaning behind your Blog name.

Day 03- A picture of you and your friends.

Day 04- A habit that you wish you didn’t have.

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to.

Day 06- Favorite super hero and why?

Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you.

Day 08- Short term goals for this month and why.

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

.

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Day 11- Another picture of you and your friends.

Day 12- How you found out about Blog and why you made one.

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently.

Day 14- A picture of you and your family.

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Day 16- Another picture of yourself.

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Day 18- Plans/dreams/goals you have.

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Day 21- A picture of something that makes you happy.

Day 22- What makes you different from everyone else?

Day 23- Something you crave for a lot.

Day 24- A letter to your parents.

Day 25- What I would find in your bag?

Day 26- What you think about your friends?

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge?

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29- In this past month, what have you learned.

Day 30- Who are you?

Akhirnya -- kita CUBA okay. Agak agak masih bersikap budak budak ke aku ni? Wahahaha.

Seriously macam kena buat reminder utk update. Sooooooo mak nenek dah tua nyanyuk segala bendaa. 👵👵

Selamat malam.

Takleh panjang panjang taip -- kan dah tua.😂

Saturday, 9 August 2014

Gampang

" Perkara yang paling aku benci tentang alam maya ialah betapa gampang kita salah faham dan betapa senang kita terasa hati" - Langit Vanilla ; Wani Ardy


Dan


Berderai hujan tanpa angin dan ribut. 

Kisah Kita.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama sunyi dari dunia blog semua bagai. Ntah apa sebab -- terdetik untuk luahan satu cerita kita ni. Secara mendadak bukan? Tak ada kisah mana datang - tatahu apa cerita mana pergi -- terus datang mahu cerita kisah kita.

Kenapa?

Sebab tak sanggup hadap dan fikir benda ni. Sebab benda ni berkait pada majlis kahwin tuari. Sebab setiap kali hadir ke majlis kahwin -- mahupun bercakap tentang kahwin seseorang -- hati dan perasaan tak tentu pasal. Masih teringat pada majlis kahwin sendiri. Yang sepatutnya majlis tu lengkap dengan kita. Lengkap dengan gembira. Dengan terukir satu sejarah dalam kisah kita.

Aku tahu -- dengan tertaipnya kisah kita ni -- Mr M pastinya tak suka. Mungkin ada yang tahu kisah kita ni juga takkan suka. Patut kisah kita ni didiamkan saja. Diam dan diam. Orang kata diam lagi baik dari cakap pape kan?

Tapi entahlah -- aku rasa kisah kita perlu tahu mana salah silapnya. Sebab kisah kita terlalu mendadak. Terlalu tak fair. Tanpa aku tahu apa sebab utama. Apa yang terjadinya kisah kita. Apa penyebab. Apa masalah. Apa kalian ada dendam. Atau kalian ada tak suka dari segi macam macam. Ntah.

Untuk 'Kita',

Kalau kau baca kisah kita ni -- sungguh aku nak tahu. Sungguh aku nak slow talk. Apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa masa majlis aku, sampai sedemikian rupa jadinya. Kenapa tidak kita share- kan bahagia sama sama. Janji kita semua untuk honeymoon sama. Janji kita pergi bercuti sama. Mohon -- hati kecik kalian - cubalah cakap elok elok dengan aku. Apa masalah sebenarnya.

Aku tahu -- ibarat Kisah Kita ni mengungkit apa yang lepas. Tapi hati aku tak tenang. Sungguh aku mahu katakan -- WEDDING day menyeksakan aku. Setiap apa aku tengok pelamin orang, bahagia orang hadapi majlis sebelum, semasa dan selepas, sharing each other -- buat aku seksa. Sedangkan aku - pada majlis aku, selepas semalam -- bertalu talu aku dihina, diperlekehkan, dituduh macam macam. Tuhan saja tahu perasaan aku waktu tu. Yang mana kalian adalah sayap kiri kanan aku.

Aku tahu -- kalau ikut hati kalian dari sejak awal kita kenal -- memang tak akan mengalah bukan? Tak apa. Kalau benar salahku -- mohon -- bagitahu elok elok. Sebab aku tak tahu apa punca semua ni.

Yang aku tahu -- kalian suruh AKU HARGAI ORANG. And kalian tidak mahu dengar sepatah pun penjelasan aku. Kenapa?

Atau kalian -- tidak suka pada senyum dan gembira aku?

Kalau boleh - aku tak nak sia siakan kenal kita dari sekolah. Kalian banyak tolong sama sama.

Apa yang aku boleh buat untuk pastikan tidak persalah fahaman ni?

Cuma satu mampu aku luahkan --

Kalau Kisah Kita disebabkan lelakiperempuan itu -- kalian patut tahu dari awal cerita aku dan lelakiperempuan itu. Perjanjian asal sepertinya yang WOW mengalahkan semorang katanya. Siap nak sponsorkan baju. Siap bagi pesanan pada aku " Harga ini(yang diberi utk majlis aku), jangan diberitahu pada kalian berdua, kerana ini hanya harga aku, yang mana kalau kalian berdua mahu servis dia -- harga akan tinggi sedikit." Terus -- aku diamkan harga. Sampai majlis. Sampai kalian hina kewangan aku. Yang kalian tidak tahu menahu langsung pada awal perjanjian. Yang kununnya sama sama tolong kawan.

Sudah --

Kisah Kita ni kalau kalian tahu -- atau kalian baca -- mungkin terus terusan salahkan aku. Katakan aku ungkit. Katakan aku tiada duit. Katakan saja miskin ku. Tidak mengapa. Kalian tidak hadap cerita ini. Tidaklah kalian rasa seksanya macam mana.

Malam pertama, kedua, ketiga sampailah seminggu -- hanya berair mata sampai sudah. Dan ikut hati dan emosi sekarang pun -- terasa macam kena tusuk panah. Ngilu.

Kalau kalian mahu Maaf dari aku -- YA -- Aku minta maaf kalau di waktu majlis tu, aku bergurau kasar - aku mintak kalian buat macam macam. Aku susahkan kalian. Aku bazirkan masa kalian. -- Sesungguhnya kalau tahu semua ni akan ada Kisah Kita -- Sungguh aku hanya ajak kalian waktu majlis sahaja. Tak usah ada sebelum tu. Sebab aku lagi kasihkan hubungan kita sejak sekolah tu. Akan aku elakkan apa apa sahaja yang boleh terjadinya Kisah Kita. Sungguh.

Dan akhir sekali -- usahlah kalian terus menghukum aku. Apa salahnya kalian hanya terus bersemuka dan cerita ketidak puasan hati tu. Atau - memang sengaja?

Yang peliknya -- lagi seorang yang marahnya lain macam. Cuba tanya dulu cerita awal kami macam mana.

Atau -- memang tak suka aku dari dulu?

 

Saturday, 21 September 2013

Hi

...

.

.

.

.

Tak tahu macam mana nak taip. Nak update blog. Nak bagi jari laju menaip. Tak tahu dah macam mana dengan dunia blog. Kesian saya.

Kan best, kalau masa sangat panjang dalam satu hari.

Masa untuk update blog.

Masa untuk twitter.

Masa untuk main game.

Masa untuk instagram.

Masa untuk tengok tv.

Masa untuk keluar dengan kawan kawan.

Masa untuk baring.

Masa untuk youtube.

Masa untuk basuh baju lipat baju kemas rumah.

Masa untuk saje jalan jalan amik angin.

Yang ada masa sekarang. Masa untuk bangun tidur - pergi kerja - balik kerja - tidur.


Rindu waktu belajar. Sungguh-pun.


...

another story

Related Posts with Thumbnails