Sunday 1 January 2012

New Year but The World has become old

Permulaan yang baik pada tahun baru. Hari ni banyak benda positif yang berlaku sekeliling aku. Walaupun kerja ada lagi tertunggak, tapi stress tak ada. Ini berita baik! Bagi aku lah. Hehe..

Semalam kecoh orang duk sambut tahun baru. kesitu kesini and benda yang jadi hot story, antara I-City dan Dataran Merdeka Shah Alam. Antara pemimpin negara kita dengan Ustaz yang semakin popular sekarang. Perbezaan yang besar bukan. Tapi aku rasa dua dua mendapat sambutan hebat, cuma sambutan yang berlainan cara. *senyum. Kalau diberi pilihan, mungkin akan ku jejakkan kaki ke dataran sebab ceramah ustaz tu best. Tapi, pilihan aku lebih selesa duduk dirumah sebab aku tak suka jam and sesak. So, malam new year aku layan School of Rock. Okaylah tu.

Tapi, aku tetiba datang menaip panjang macam ni bukan nak sibuk pasal sambutan new year. Tadi, setel semua kerja, aku layankan beli surat khabar. Dah lama kot tak membaca. Bagi alasan busy boleh? :)

Metro. Biasalah, kalau muka depan tak sehangat hangat hangat tahi ayam, jangan harap lah nak jadikan cover. Muka depan pasal yang meninggal pasal lemas tu, and, memang hangat cerita pasal Belaian Pulau ntah ape tah. Tak berminat. Tapi, benda yang menarik minat pasal 5 artis paling cantik dimenangi oleh Ayu Raudhah. Neelofa dapat no. 2! Ini tidak adil! nak Neelofa no.1 boleh? Haha.

Tapi rasanya tak heran sangat semua tu kot. Sambung belek.

Tiba tiba aku terbaca, Dunia 2012. Lain macam je background dia. Aku ingat macam iklan ape benda tah yang cakap 2012 akan berakhir tu. Tapi rupanya lain.



Belek lagi.

18 kejadian diramal berlaku.



Meh nak kongsi secara ringkas.

1. Kekurangan bahan logam nadir bumi (REM). REM diperlukan untuk menghasilkan pelbagai barang, termasuk solar elektrik, ponen solar dan komponen komputer. Masalah ini dijangka berlanjutan sehingga tiga tahun.

2. Gangguan bekalan makanan di Barat. Bagi tempoh 2012, penganalisis berpendapat, akan ada satu atau lebih gangguan bekalan makananserius yang membimbangkan warga AS.

3. Jangkitan kuman berbahaya yang mengalami revolusi dipercayai berleluasa dan mula menjangkiti orang ramai - kemungkinan disebarkan melalui sekolah @ gimnasium. PUNCA? Penyalahgunaan antibiotik dan kegagalan kakitangan hospital menjaga kebersihan tangan.

4. Bukti baru mengaitkan vaksin dengan kegagalan neurologi. Ada bukti menunjukkan pertalian vaksin dengan masalah neurologi seperti penyakit Alzheimer.

5.Grid Tenaga AS menghadapi kegagalan besar. Pada satu peringkat, grid tenaga AS akan mengalami kegagalan fungsi dan meletakkan puluhan juta warganya dalam kegelapan - proses membaik pulih mengambil masa 72 jam yang boleh mencetuskan suasana panik dan kelam kabut.



6. Kerosakan satelit - samada satu atau lebih komunikasi gangguan utama dan menyebabkan gangguan menyeluruh dalam perkhidmatan telekomunikasi. PUNCA? Mungkin akibat serpihan angkasa, nyalaan solar atau roket.



7. Pencemaran hasil perladangan yang diubah suai secara genetik membawa kepada krisis.

8. Kemerosotan populasi lebah madu mengancam spesis lain.

9. Pola cuaca semakin berubah secara radikal. Bersedia menghadapi banjir, gempa bumi, kemarau, gelombang panas dan salji tebal ketika cuaca dunia semakin tidak stabil. Isu kemarau akan melanda kawasan yang biasanya berair, manakala kawasan lain, air berlebihan melanda kawasan yang lazimnya kering. Lebih ramai penduduk dunia terpaksa berpindah serta mengalami kemusnahan harta benda.


10. Permintaan tenaga nuklear global meningkat.


11. Senjata nuklear digunakan di Timur Tengah. Ada kemungkinan senjata berbahaya itu digunakan dalam konflik di Timur Tengah terutamanya membabitkan perseteruan Israel-Iran. Agak membimbangkan apabila rejim Zionis mungkin menggunakan bom konvensiaonal pemusnah kubu untuk mensasarkan kemudahan memproses senjata nuklear Iran. Jika keadaan itu berlaku, debu radioaktif daripada loji berkenaan akan mencemari Timur Tengah, menyebabkan kematian besar. Satu lagi kebimbangan, kumpulan radikal mencuri senjata nuklear Pakistan untuk mengancam kestabilan di rantau itu.

12. Penarafan keupayaan hutang AS akan diturunkan, manakala pelabur mengurangkan pembabitan menyelamat ekonomi negara itu. Ketika ini, kreadibiliti kewangan AS dianggap rendah pada mata dunia.

13. AS hampir berperang dengan dunia keran isu sumber semula jadi. PUNCA? Kemungkinan besar minyak, tetapi ia juga mungkin disebabkan gas semula jadi atau bahan galian.



14. Skandal besar membabitkan syarikat maseutikal.

15. China melancarkan serangan elektronik ke atas Barat.

16. Propaganda keganasan (AS) - pihak tertentu dalam kerajaan melancarkan 'kempen antikeganasan' palsu.



17. Cubaan memusnahkan kebebasan Internet.

18. Tahap kesuburan menurun. Dijangkakan kadar kelahiran manusia akan terus merosot akibat kualiti sperma yang rendah - dipercayai akibat pengambilan ubat dan bahan kimia.

So, macam mana. Kita merancang, Tuhan menentukan. :)


Sekadar Kongsi! :)

Artikel dari Metro Ahad 01 Januari 2012.








another story

Related Posts with Thumbnails