Saturday 9 August 2014

Gampang

" Perkara yang paling aku benci tentang alam maya ialah betapa gampang kita salah faham dan betapa senang kita terasa hati" - Langit Vanilla ; Wani Ardy


Dan


Berderai hujan tanpa angin dan ribut. 

Kisah Kita.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama sunyi dari dunia blog semua bagai. Ntah apa sebab -- terdetik untuk luahan satu cerita kita ni. Secara mendadak bukan? Tak ada kisah mana datang - tatahu apa cerita mana pergi -- terus datang mahu cerita kisah kita.

Kenapa?

Sebab tak sanggup hadap dan fikir benda ni. Sebab benda ni berkait pada majlis kahwin tuari. Sebab setiap kali hadir ke majlis kahwin -- mahupun bercakap tentang kahwin seseorang -- hati dan perasaan tak tentu pasal. Masih teringat pada majlis kahwin sendiri. Yang sepatutnya majlis tu lengkap dengan kita. Lengkap dengan gembira. Dengan terukir satu sejarah dalam kisah kita.

Aku tahu -- dengan tertaipnya kisah kita ni -- Mr M pastinya tak suka. Mungkin ada yang tahu kisah kita ni juga takkan suka. Patut kisah kita ni didiamkan saja. Diam dan diam. Orang kata diam lagi baik dari cakap pape kan?

Tapi entahlah -- aku rasa kisah kita perlu tahu mana salah silapnya. Sebab kisah kita terlalu mendadak. Terlalu tak fair. Tanpa aku tahu apa sebab utama. Apa yang terjadinya kisah kita. Apa penyebab. Apa masalah. Apa kalian ada dendam. Atau kalian ada tak suka dari segi macam macam. Ntah.

Untuk 'Kita',

Kalau kau baca kisah kita ni -- sungguh aku nak tahu. Sungguh aku nak slow talk. Apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa masa majlis aku, sampai sedemikian rupa jadinya. Kenapa tidak kita share- kan bahagia sama sama. Janji kita semua untuk honeymoon sama. Janji kita pergi bercuti sama. Mohon -- hati kecik kalian - cubalah cakap elok elok dengan aku. Apa masalah sebenarnya.

Aku tahu -- ibarat Kisah Kita ni mengungkit apa yang lepas. Tapi hati aku tak tenang. Sungguh aku mahu katakan -- WEDDING day menyeksakan aku. Setiap apa aku tengok pelamin orang, bahagia orang hadapi majlis sebelum, semasa dan selepas, sharing each other -- buat aku seksa. Sedangkan aku - pada majlis aku, selepas semalam -- bertalu talu aku dihina, diperlekehkan, dituduh macam macam. Tuhan saja tahu perasaan aku waktu tu. Yang mana kalian adalah sayap kiri kanan aku.

Aku tahu -- kalau ikut hati kalian dari sejak awal kita kenal -- memang tak akan mengalah bukan? Tak apa. Kalau benar salahku -- mohon -- bagitahu elok elok. Sebab aku tak tahu apa punca semua ni.

Yang aku tahu -- kalian suruh AKU HARGAI ORANG. And kalian tidak mahu dengar sepatah pun penjelasan aku. Kenapa?

Atau kalian -- tidak suka pada senyum dan gembira aku?

Kalau boleh - aku tak nak sia siakan kenal kita dari sekolah. Kalian banyak tolong sama sama.

Apa yang aku boleh buat untuk pastikan tidak persalah fahaman ni?

Cuma satu mampu aku luahkan --

Kalau Kisah Kita disebabkan lelakiperempuan itu -- kalian patut tahu dari awal cerita aku dan lelakiperempuan itu. Perjanjian asal sepertinya yang WOW mengalahkan semorang katanya. Siap nak sponsorkan baju. Siap bagi pesanan pada aku " Harga ini(yang diberi utk majlis aku), jangan diberitahu pada kalian berdua, kerana ini hanya harga aku, yang mana kalau kalian berdua mahu servis dia -- harga akan tinggi sedikit." Terus -- aku diamkan harga. Sampai majlis. Sampai kalian hina kewangan aku. Yang kalian tidak tahu menahu langsung pada awal perjanjian. Yang kununnya sama sama tolong kawan.

Sudah --

Kisah Kita ni kalau kalian tahu -- atau kalian baca -- mungkin terus terusan salahkan aku. Katakan aku ungkit. Katakan aku tiada duit. Katakan saja miskin ku. Tidak mengapa. Kalian tidak hadap cerita ini. Tidaklah kalian rasa seksanya macam mana.

Malam pertama, kedua, ketiga sampailah seminggu -- hanya berair mata sampai sudah. Dan ikut hati dan emosi sekarang pun -- terasa macam kena tusuk panah. Ngilu.

Kalau kalian mahu Maaf dari aku -- YA -- Aku minta maaf kalau di waktu majlis tu, aku bergurau kasar - aku mintak kalian buat macam macam. Aku susahkan kalian. Aku bazirkan masa kalian. -- Sesungguhnya kalau tahu semua ni akan ada Kisah Kita -- Sungguh aku hanya ajak kalian waktu majlis sahaja. Tak usah ada sebelum tu. Sebab aku lagi kasihkan hubungan kita sejak sekolah tu. Akan aku elakkan apa apa sahaja yang boleh terjadinya Kisah Kita. Sungguh.

Dan akhir sekali -- usahlah kalian terus menghukum aku. Apa salahnya kalian hanya terus bersemuka dan cerita ketidak puasan hati tu. Atau - memang sengaja?

Yang peliknya -- lagi seorang yang marahnya lain macam. Cuba tanya dulu cerita awal kami macam mana.

Atau -- memang tak suka aku dari dulu?

 

another story

Related Posts with Thumbnails