Monday 27 September 2010

Laptop pun ada jantina?

Wah, hebat kan? Laptop pun ada jantina ke? I fikir benda hidup je ada jantina, tapi rupa rupanya laptop pun kita boleh tahu samada 'die' sweety gugirl oe macho boy. haha

So, macam mana nak tahu jantina laptop tu? Jangan terkejut tao. Laptop yang kita duk hadap hari hari ni boy or girl! hehe


apa kena buat?


STEP 1
Buka notepad dan paste ayat ni dalam notepad : CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


STEP 2
Selepas tu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save kat destop supaya senang nak cari/buka nanti)

Save as = love u.vbs

STEP 3
Close notepad apabila dah save. Lepas tu double click file tadi (love u.vbs) dan korang akan dengar suara "I LOVE YOU".


Haa. time ni la korang boleh dengar betul betul suara sweety or macho yang cakap i love u kat korang tu! haha

Kalau suara macho yang cakap, Boy lah ia dan kalau suara ala ala sweety cakap Girl lah! :)

Gile tak pernah terperasan kan benda benda macam ni? haha. masa mula mula i buat memang tak sangka.

So, enjoy!! hehe

And by the way, i punye sweety! hehe. yahoooo. :p


RANDOM : i ambil info ni dari facebook. tapi dah lupa kat mane. huhu

Saturday 25 September 2010

Dari tadi lagi i duk berkira kira, apa yang i nak update hari ni. kalau semalam memang ye lah tak sempat nak update pape. tibe tibe hari ni macam banyak pulak. haha

***** 

Malam ni sangat relax. sangat selesa. sambil dengar lagu Stand by me by Ben E.King. ohh i really love this song. macam i sambil ikot irama dan lagu dah. sweet!

Ohh by the way, apa yang buat i makin selesa and relax, sebab bilik i dah lengkap dengan semua. semua yang i nak. rasa macam selesa dah. takde lagi nak fikir fikir ini takde, ini tak elok, itu tak besh. memang lah i tahu, student lagi ; so buat ape nak ada macam macam n macam orang dah kerja kan. dah macam ada duet sendiri. memang i tahu. tapi selagi i tak selesa and selagi 'mampu' beli. i teruskan. i memerlukan keselesaan. takpe nanti nanti ikat perut tak makan pun. asal i SELESA! *smile

katil idaman kalbu buat masa sekarang :)
Masa i mula mula sampai shah alam, bilik memang berhabuk sakan dan macam biasa lah selsema lah i and sampai sekarang masih batuk batuk. bagus betul penangannya tambah tambah pulak sekarang ni musim orang demam. makin lah bes kan. haihh..

Dah tu memang i tak sanggup lah nak tahan segala habuk tu kan. nak tido pun tak boleh! ohh tak suka macam tu. so keesokannya  lah *kot. i sepahkan segala galanya dengan harapan nak mengemas dan sapu semua.! Tapi, makin teruk lah selsema tuh. hmm


Then suatu hari tu, (cop! perlu ke i nak detailkan??! *persoalan disitu). okay fine, so dah agak agak ade duet neh i labur lah sket untuk upgrade katil and meja study. tak pe kan?

bilik gile sepah. okay lah tuu. haha
bukan ape, untuk KATIL tu sebenarnya i nak upgrade nak yang queen size. memandangkan macam bes la pulak kan dapat tido sambil buat *assgmnt atas katil luas luas, and boleh jugak kalau kawan kawan i datang uma and boleh tido sama, xya tido atas lantai plus katil i yang single tu memang tak boleh harap sebab asik ke tengah je badan sebab spring katil! (okay penerangan panjang) 

TAPI? 

Hari tu jalan jalan ngan miza sambil sambil pegi mane tah lupa. then tiba tiba i ajak die pergi kedai perabut dengan alasan ; saje saje tengok perabut. 

Tapi lagi?

I jumpa satu katil zantek! bg i lah :). betul i suka katil tu. tapi tengok dalam flyers kat kedai dorang lah. tapi malangnya, single! Selepas main tolak tarik tarik tali ngan orang kedai tu, i cadangkan tak payah lah beli. kan? buat ape sebab single. Dah nak balik kot, tibe tibe datang lagi sorang mamat tu duk usha-usha err, promote cakap macam macam. haih, i bab bab orang promote ni susah nak tolak. Tambah tambah lak i bawak cash hari tu, makin la pendek pemikirannya kan? haha. and at last! i BELI okay i BELI dan diulang lagi, i BELI!!. hahaha. Habis duit aku. haha

katil sebelum. guna selama 2 tahun!
And after a few days, encik lovebug i datang and ajak pergi ikea. dah alang alang nak cari meja study, apa lagi. melabur lagi lah! hadoii..

So, walau ape pun semua dah cukup lengkap and selesa. kalau duduk dua tiga empat lima enam hari dalam bilik pun takpe. okay tipu. :p

Tapi ada lagi masalah.

Katil yang sampai bukan yang i nak. itu pun nasib baik miza perasan. tulah, nak yang putih sangat kan. Colour yang menjadi pujaan sampai bila bila. Kalau ikut i memang dah buat bodo dah. memang i rase macam katil len, tapi i fikir tu perasaan i je kot. Teruknya...

Then i make a call kat dorang cakap la semua ni bla bla bla tak puas hati bla bla bla kenapa macam ni semua bla bla bla. Kununnya i rasa macam dorang tipu lah kan. Tapi rupenye dorang memang betol salah hantar. Saje je kannn.. eee..

katil selepas ; salah hantar kepala katil tuh!
Petang tadi dorang hantar lah yang sebetulnya. TAPI? dorang pergi ambil kepala katil yang sama dengan yang ni buat ape? Haha. Gile. Tak pasal pasal dorang kene turun balik ambil yang seBETULnya lagi. Haha. kesian kot. Dah lah umah i ni 5 tingkat! err, tingkat 5 (rumah flat kan), memang jenuh la dorang nak angkat turun angkat naik semua bagai berat tuh. haha

kepala katil yang BETUL dah sampai!
kepala katil SALAH!
sesi tukar dan menang! eh? hehe
tada! dari kurus ke gemuk. haha
agak agak ade ciri ciri katil idaman tu tak? okay lah ni kan? haha

 And finally, setel jugak masalah tu and i dapat kepala katil yang i idamkan walupun ade siket jek rupanya and murah jek. kate student kan! haha

Sebab tu lah i katekan selesa and relax. kalau lepas ni assgmntt tak buat jugak memang nak kosongkan jelah semua perabut dalam bilik ni. macam boleh pulak kan?hehe

So? 
 

 katil dan meja yang selesa. Jangan ada excuse lagi ye lepas ni Zarith! :) Okay tido! opss. hehe


RANDOM : hari ni 25hb. dua tahun sebulan dah kami. ♥♥♥

Thursday 23 September 2010

I can do anything, but not everything

Raya dah habis, masa untuk bergembira kita stop dulu sambung lepas final. Boleh tak? haha

raya sangat best!
Sebenarnya, i baru SEDAR DIRI. kerja bertimbun timbun lagi timbun hebat. kalau kerja tu macam pakaian yang belom dilipat memang sah sah dalam bilik i ni separuh dah penuh 'pakaian' tuh. kununnya nak cakap, assigment banyak. haha

rindu budak ini.
 and ni i baru siapkan outline yang sepatutnya kene buat masa raya and hantar hari isnin bersamaan 2 3 hari lepas. bagus betol buat kerja bukan last minutes, tapi dah lebeh minit dah. ini baru satu kerja. lagi 7 subjek and setiap subjek ade 2 3 kerja. and dalam satu kerja ada banyak banyak kerja lagi! haha. matilah kau zarith!

Bila i fikir fikir balik, teruknya i. minggu sebelum raya banyak yang i ponteng kelas. lebih lebih lagi kelas photo. Hari ni ade kesedaran dan harap harap kesedaran yang berpanjangan memandangkan bila dengar assgmnt photo tadi, duh! 15 gamba kene shoot. ade yang kene re-shoot lagi semua. tambah lagi gamba untuk kelas kedua tuh, editing pulak kene ade struktur texture semua bagai.. rasakan!

photoshoot - re shoot!

Itu baru photo. yang kedua main punya wajib lagi mesti buat on time, Mandarin! skrip tak siap lagi, minggu ni ade kuiz 3, video tak buat lagi. syabas betol. bila nak buat neh? persoalan yang patot tanye diri sendiri. haha

dan yang ketiga yang buat i pening kepala nak buat memandangkan diri takde ke 'kreatif' an ditambah lagi tidak mempraktiskan tangan lembut ala ala aww gtu ialah kaligrafi! haaa.. panjangnya ayat. haha! ini lagi lah nya dengan main ink semua bagai. lecehhh. :(

oleh itu memang patot lah kan i tak sempat layan blog. kan kan. banyakkkk benda i nak buat. (walaupun tido lagi banyak) :p

gila geng shoot. haha
so rasenye i patot stop ni. nanti lama lama kang i tak tido terus tak pergi kelas! eh jangan!! haha. 

RANDOM : batuk makin teruk. sampai  tido pun boleh tersedar!

Friday 17 September 2010

hello shah alam!

raya di kampung da habis, makanya pulanglah adinda ke pangkal jalan @ shah alam sementara anak anak sedang menunggu untuk diberi makan dan dijaga seperti biasa @ assigment. ohh tak suka!

haha. betul tak suka. hari ni i dah berada di shah alam. macam tak percaya kot sebab semalam bangun tido mandi mandi sambil tunggu encik lovebug datang. tiba tiba cousin i tanye bila balik shah alam n i cakap tatao, kalau boleh nak tumpang dorang. then she make a call and said ; pukul 2 nanti nak bertolak. what..!!?

dah la mase tu i dah pukul 12 lebih, and i tak kemas pape langsung. excited menunggu encik lovebug datang ke rumah i buat pertama kali dah hilang. sebab kalut nak mengemas semua bagai. haha.

tapi takpelah, sekurang kurangnya i dah kat shah alam, n encik lovebug i akhirnya dah jumpa umi and aya i. suke!

makanya, sorang sorang lah i kat rumah ni dengan kelaparan and bermalasan untuk keluar sorang sorang. T_T

dan buat kawan kawan yang datang ke rumah dan kawan kawan yang beraya bersama, thanks sebab menceriakan raya i kali ni. memang ni lah raya yang i rasa betol betol beraya bersama kawan kawan n family. err.. tapi lebih raya dengan kawan. hehe

gamba raya? next entri lah kan. macam tak sesuai plak nak terus masuk dalam entri ni sebab ni entri tah pape nak bgtao ape yang terfikir sekarang jek. haha


RANDOM : mr.happiness just around me. :)

Saturday 11 September 2010

Wan Nor's Family ♥

Penangan hari ni – raya pertama ; perut sakit. Sekarang perut i sakit boleh tahan sakit jugak lah! Asal ekk? Padahal i bukannya makan banyak pon tadi. Makan macam bese je kot. Sedih T_T

..........

Takpelah, sekurang kurangnya selesai sudah raya pertama syawal ni. Semuanya berjalan lancar and banyak perubahan dari tahun lepas. Macam ni la i suke, baru ade semangat raya siket. Hehe

Pagi tadi i bangun pagi! Perubahan pertama tu. Mane tak nya, setiap kali raya mesti i bangun lambat, pastu salam raya family kelam kabut, pastu g rumah nenek sorang sorang. Haha. Tapi tahun ni tak lagi! Raya okay Raya. Haha

Kesian ara pagi ni, die macam biasa orang last siap n mandi. Tapi kira okay jugak lah tadi die xmeragam masa bangun n mandi. Tapi! Selipar raya die hilang! Haha. Kesian kot, muka ara takleh blah , sedih gile lah kot. Kesian! Tak pasal pasal nak begamba pun muka masham xpuas hati. Tulah, salah die jugak kot salah letak. Nasib baik la ada pakar pujuk yang berjaya pujuk die pakai slipa lain :p

Alhamdulillah jugak raya kali ni tiada berlaku apa apa masalah. Persiapan awal dilakukan, masing masing pulak dalam mood dan perasaan yang gembira. Serius i rasa gembira. Terima Kasih Keluarga Wan Nor! Hehe.

Dah lah, i tade ape nak merepek. Btw, raya ni i tak banyak bergamba sebab ;
1.       Jerawat yang hinggap di dahi sangat comel cantik dan bersinar!
2.       Semangat nak bergamba tak berape
3.       Tak dapat beli camera before raya, so tak kuasa nak beraya. Haha!

Dah tu layan gamba jelah! Buh bye!


eh, tanak buh bye lagi. i nak cakap satu benda jek. i sayang family saya :) walaupun serba kekurangan. asal kan saya gembira. *senyum
RANDOM : nak berkaler kaler or semua bagai untuk entri ni tak nyempat. perut makin sakit. :(

Thursday 9 September 2010

raya datang lagi!

tatao la kenapa i rasa janggal gile nak update blog ni. macam tak pernah berblog langsung! kenapa ya? i taip i backspace pastu taip lagi pastu backspace pulak. duh! mungkin tak serasi lagi kot dengan blog baru! haha


wadehal! biar jelah. janji ni dah malam raya walaupun i dah beraya awal. ops! haha.


sejak i balik kampung ni asik duk ber'busy' dengan baju kasut semua bagai tu jek yang belom dibeli. pegi wakaf che yeh kelantan, pergh manusia dan umatnya. nak soping pun tak sanggup. ramai gila! last last bandar jerteh ni jugak la i pegi soping raya. okay lah kan, dapat jugak apa yang i nak! haha

ngan ara memang tade keje lain dah. bergamba saje! haha


and tema raya kali ni pulak colour gold! wah. memang gold habis lah kan. tapi lah kan pulak kannnn... umi jahit baju i punye tak gold langsung. langsung tade gold okay! tapi colour purple kuning hijau putih hitam semua ade. bunga bunga besar. ah, mane gold nye? huhu. padahal semua adik adik dapat gold kot.okayy sedih T_T


last last i g pusing pusing bandar jerteh tu. and jumpa satu n baju tu, memang ZANTEK habis(bagi i lah) n kena dengan tema family i kali ni. Tapi kan bila tanya harga die, mak aihhh. tak mampu eden oii. haha.. tapi bila pusing pusing lagi pusing, baju tu jugak berkenan di hati. haha.. nak taknak cuba la paksa mintak encik lovebug belikan. n yeay! dapat! haha. Thanks sayam. :)

semua benda ni i blurkan sebab bukan niat nak menunjuk. tapi just nak share :)


and hari ni kami adik beradik buat buat sibuk kemas apa patot. hehe. semua dah setel, tgal nak tolong umi buat rendang and makan makan lagi siket untuk esok jek. wehuuuu..


wah kakak! rajin nau pasang langsir. haha

kak long nye buat buat rajin jugak. angahnya? tengok jek!
ayahanda duk ajar anak anak kecik main mercun ngan bunga api. ops! hehe. first time baby main bunga api! hehe
tu je kot dulu. nanti update lagi. nak amik kueh raya tapi nantilah. kueh raya semua umi buat. kak long nya? haha. tukang makan jek. teruk! haha.

 
so, sempena Hari Raya ni lah pulak i nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kat semua umat manusia yang kenal i. Maaf kan i masa i buat salah, i termarah marah, i tergurau lebih lebih semua tuh. untuk semua lah! sebab i tahu ramai yang tegase ngan i tanpa i sedar kan kan? hehe. 0-0 boleh ea?


RANDOM : kena cepat cepat update blog ni sebab abang ngade ngade sibuk nak broadband.benci benci. haha

RANDOMextra : nak cepat jugak sebab nak g siap siap kununnye final touch raya. haha

Friday 3 September 2010

kene ade introduction ke?


mentang mentang tadi belajar bel kan. kena buat introduction body conclusion semua bagai. haha! skang amik, dah buat blog kedua pun! n kena ada intro ke? tak boleh bercerita terus? duh! haha

takdelah. saje jek sekadar update. tatao lah nak cakap perasaan macam mana skang. dan yang pasti sedikit kesal sebab tak dapat beli pape lagi untuk persiapan raya! sedih kan?

errr..

i tatao lah nak cakap apa. sebab! terlalu awal untuk share pending story! haha.

sebenarnya, i tunggu besfren i, wahir datang tapi die cancel pulak sebab die pegi lepak mah kawan die. sian i. tunggu die. rindu ni! :p


haa. tulah die. okay, ni gambar-suatu-ketika-dahulu. :p masa tingkatan 5. hehe. ---> muka budak gile kot! :P

die tetap kawan i walau ape pun jadi. WALAU APA SAHAJA. :)

emm..

okay bosan. sebab tade idea. buhbye. :p

RANDOM : macam baru first time berblogging pulak!

Thursday 2 September 2010

2rd September 2010

finally, 

i da buat blog baru. 

yeaaaaa!!

here comes for ever and a day, zarith-saidanddone blogspot by zarith wannor.

haha. excited dengan blog baru. harap harap lepas ni boleh update banyak banyak kan. :p

yang blog zarithwannor.blogspot.com tu biar lah jadi diari i sahaja.

nanti malam ni sambung update lagi lah! :)

RANDOM : saya sayang saya! :p

another story

Related Posts with Thumbnails