Saturday 20 October 2012

"Cukup Sekadar Cukup"

Assalamualaikum..

Tadi bila pulang ke rumah. Hadap pc sebelum heret badan ke katil. Bagi rehat dengan hampir satu hari perjalanan. Sepanjang perjalanan pelbagai sindiran aku dapat. Terutamanya pasal kerja dan duit.

Bila fikir, kenapa perlu cari sesuatu untuk pandang sinis, cakap tak berlapis? Kenapa perlu ada sindiran. Bila kau tahu status tidak bekerja, adakah kau tahu segala perjalanan mereka sepanjang hari? Kiranya kau fikir status tidak berkerja adalah makan, minum dan tidur dirumah?

Sempitnya otak kau.

Aku bukan ceritawan, yang perlu aku jelaskan semua perjalanan hidup aku kat semua orang. Cukup lah kau menghormati orang. Itu yang aku mintak.

Panas hati mendengar sindiran tu, tapi macam biasa, aku hanya gelak dan gelak. Selagi aku mampu gelak. Anggap semua tu gurauan. Positifkan diri, tapi hakikatnya?

Tak guna berterus terang, bercerita semua pada orang yang tak pernah paham.

Damn. Panjang intro aku diikutkan hati panas tetiba berapi.

Ceritanya, aku update blog sebab nak share madah pujangga dari seorang yang cukup aku kagumi. Fynn Jamal.

ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.
sungguh.
aku faham.

seperti tak ada logika bagi suami isteri itu terlalu cinta.
begitu serasi.
terlampau bahagia.
seolah obsesi.

ye.

aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang kampung.
dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"

kasar, abah ajar aku.
keras, dia tanam dalam aku.
tersiratnya--
kongsi cuma yang gembira--
pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka?
cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?
sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.

entah.

secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".
kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.
hakikatnya--
KITA adalah kawan kita sendiri.

usah menayang sayu.
apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"
itu.
cuma itu dapatmu.
paling2-- dibantu buat sementara.
masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

maka cuba.

cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita. tentang suami jahat, kakak ipar cilaka, kawan baik palat, abang kita derhaka.

cuba lebihkan bercerita bahagia.
BUKAN dengan bongkak--
kerana itu mmg haprak.
cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.

Setiap ayat dan kata beliau buat aku sedar. Buat apa aku sibuk ceritakan segala duka aku? Kenapa aku perlu sharekan sayu aku? Meminta simpati siapa? Orang ramai? Untuk apa?

Thanks FYNN JAMAL. Akan aku semat dan jadikan semua ni salah satu perjalanan hidup aku nanti. Perjalanan yang penuh bahagia. Insyaallah.

Dan moga, FYNN JAMAL dan keluarga hidup bahagia hingga akhir hayatnya. Amin

Sunday 14 October 2012

Perubahan

Assalamualaikum..

Bila mana terasa sesuatu perlu diluahkan, terpanggil panggil blogspot yang dah nun jauh dimata minta didekati. Dasar pentingkan diri. Hanya digunakan bila perlu. LUMRAH. :)

Sekarang, hidup makin ke arah positif. Dan juga haruslah usia makin meningkat. Memerlukan perubahan pada diri sendiri. Harus berubah, demi masa depan.

Terutamanya  social network.

FACEBOOK
Segala gambar, status dan anything yang perlu share harus ditapis. Banyak mata melihat. Dan rasanya perlu dikurangkan jumlah 'friends' untuk mengelakkan sebarang fitnah dan umpatan.

Perlu juga ditapis segala benda, sebab masa depan. Mungkin dua keluarga bakal bertemu. Mungkin. Segala sikap dan perangai buruk harus dikikis, dibuang dan diubah untuk kebaikan bersama. Pesanan dari Ibunda, dan juga Mr. M, segalanya perlu didengar.

Perjalanan masih jauh.

TWITTER
Satu satunya acc yang 70% berdasarkan luahan hati aku. Segala cerita. Marah, dendam, duka, gembira, kecewa, sayang, sakit hati, sindiran, semua diceritakan. Yang mana boleh berlaku salah faham.

Mungkin, twitter ni perlu di 'private' untuk diri sendiri. Risau terlepas segala benda yang boleh mengundang iri hati, benci, bahan umpatan dan bahan cacian.

Perangai manusia memang pelbagai.
Makin meningkat usia, makin serius memikirkan masa depan. Banyak hati perlu dijaga.

Mungkin, suatu hari nanti diri sendiri akan membawa perubahan yang positif mungkin. InsyaAllah.


Ai ai captain! ;P

another story

Related Posts with Thumbnails