Saturday 6 August 2011

Bertudung @ Belum

Bila timbul isu ni memang akan panjang lebar segala hujahnya. Yang bertudung dengan hujah sendiri. and yang freehair dengan hujah sendiri. Memang kalau ikutkan aku tak berapa layak nak cakap pasal ni. sebab masih lagi cuba baiki diri sendiri.

Tadi, terbukak satu profile kat facebook. itu pun buka bila tengok profile picture die yang macam ni.

credit image-google
padahal baru je lepas update status,
"sejuk hati tengok waheeda sekarang. suatu hari nak jadi macam dia. Insyaallah."
so bila bukak profile budak tadi baca older post die. and die reply pasal isu kempen bertudung kat facebook.

"owh..yg bertudung, anggap diri sdri dah baik, berani plak kutuk2 yg belum bertudung. yang belum bertudung plak, masih cube menegakkan benang yang basah..so, camtu lah jadinya..:)

kite yg sudah bertudung, cube sedaya upaya membimbing yg belum bertudung. bukan mengeji, tp mendidik. InsyaAllah..segalanya akan ok..;)" - Kawan dari Facebook.

seriously lepas baca rasa macam bagus gila budak ni.

Yelah,

#1 - Die tak cakap yang TAK bertudung, tapi yang BELUM bertudung.
Maksudnya, die mengharapkan yang freehair tu akan bertudung cuma tunggu belum      masanya je.

#2 - Die TAK memandang keji/serong pada yang belum bertudung.
Bila membaca komen die sendiri,dia pun tahu perangai orang bertudung dengan belum bertudung. masing2 bercakap tentang masing masing.

#3 - Die MENERIMA pandangan orang tanpa melenting.
Malah dia berniat cuba untuk mendidik dan bukannya mengeji.

TAHNIAH untuk dia.and Terima Kasih.

Bagi pandangan aku, memang, and MEMANG kalau isu ni ditimbulkan, macam macam hujah keluar. and setakat ni aku belum jumpa yang bertudung cuba untuk tegur dengan cara macam ni. and YA, memang ade menegur, tapi belakang, dikutuk dan dikejinya juga..

Insyaallah, aku pun cuba nak elokkan perangai dan perwatakan serta pakaian. Moga aku tidak tergolong dalam umpatan keji orang. Amin.

Random
pun teringin nak jadi macam dia tu. :p

2 comments:

Hans Hanis said...

yups
bagus ayat dia
xada rasa sakit hati
itu la nasihat yg betul
:-)

syasya said...

hehe setuju dengan kamu.bagus hujahan die.

another story

Related Posts with Thumbnails