Thursday 6 January 2011

Rest and Go Ole-ole!

kalau macam entri lepas ada mention pasal busy kawan kawan datang lepak dan bergelak gembira bersama kan. so semalam lepas semua dah dapat kolej and semua dah takde kat rumah (sob sob), kami keluar jenjalan sebelum memasing busy kan. hehe

dengan dibekalkan sebuah kereta yang antik habis, kami muatkan lapan orang dalam satu kereta. tak GILA sardin pulak kan! dua orang kat depan enam orang kat belakang. amacam? haha! and lucky me jugak la kan sebab i drive so i tak tahu la macam mana perasaan duduk kat belakang tapi bukan duduk macam biasa duduk tapi duduk lebih kurang macam orang nak meeting. sendiri imaging lah. boleh? :P

dan.. takkan lah kalau dah lapan orang satu kereta nak pergi jauh jauh kan? memang boleh lemas sesak nafas kalau macam tu. haha! so kami decide berole-ole sahaja di Ole ole Seksyen 18 tu. lokasi 5minit dari rumah :D

dah siap parking baik punya untuk elakkan manusia lain nampak sorang demi sorang keluar dari kereta dengan luar biasa tu, kami mulakan langkah pertama ber ole-ole habiskan duit. eh, bukan kami. kawan i je. so i tak :)

tapi dari sepanjang jalan tu i duk dengar dorang duk heboh hebatkan pasal kerusi urut yang dorang cuba katanya lagi memang superb best dapat legakan badan ringankan tulang semua bagai tu.

tup tup tetiba ada kerusi tu pastu masing masing nak duduk untuk diurutkan badan. excited kot. tapi i? haha! segan doe pastu tak pernah merasa plus takut lah ape semua bagai.tapi dorang duk cakap best and suruh try.


nak taknak try jelah, segan jugak dorang duk suruh suruh. hehe.

tapi kan. tapi kan. geli kottt.. tapi best habis.dah la takde mahal ke ape. RM1 untuk 3 minit. okay la tu.lega segala urat urat, tulang temulang semua tu. seriously! (orang tak pernah cuba excited dia melebih siket) hehe

budak ni penggeli.harap maklum. :P
mai, k.yong and zie. ecece. semua syok je dapat diurut.
tengok mai. tak puas hati tu 3minit tak cukup. tambah lagi 3minit! kan dah cakap best. :)
 dah habis legakan badan ape lagi, pergi melantak lah! haha. macam terbalik pulak. tapi takpelah. PAK LI KOPITIAM pilihan kami. sedap lazat tak berkrim pun. hee

jangan ada perasaan lapar. untuk saat ni.

Black Paper Chicken Chop with French Fries
Nasi Goreng Kampung
Nasi Lemak Pak Li Special
Black Paper Chicken Chop with Rice
Pak Li Asam Laksa
Mee Udang
 kan tak pasal pasal diri sendiri lapar disaat malam buta sunyi sepi ni. sob sob.

dah makanan depan mata, melantak jelah. ape lagi. hehe. entah bila dapat keluar macam ni lagi.

miza, ira, mai, k.yong, mia, zaty, zizie
 habis melantak kami plan ke bowling. memang menjadi plan tu. memang best habis. walaupun kami tak seterer orang orang kat sebelah yang asyik strike je, tapi bergembira. semua sporting habis! Thank korang. hehe.

bagi dua lane. empat lawan empat. okay la tuww. hehe

giliran mai ngan k.yong. yang belakng nyibuk kejap. hehe
yang lain berphoto seketika. heh

giliran i dengan hot mama! zaty. hehe. walaupun dia dah anak dua tapi dia sporting habis. Thanks zaty. hehe
ini turn miza dengan ira. dua dua comel! hehe
dorang ni memang sporting habis. tak strike pun takpe. kita enjoy! :)

mia, miza, meklong. nak ada M jugak. hehe
yang dorang dua orang ni buat trademark miza. comel kan kan? hehe. yang pasti kalau dah buat macam ni tak boleh sedih. kalau sedih buat macam ni sambil tangan gelak atas bawah. kompem tak jadi nak sedih. :D
dah memasing habis main penat jari sakit, hehe. so pulang lah kami bersakan kat rumah pulak. haha. tak tahan pukul 2 masih segar duk gelak gelak. macam macam cerita keluar. huu.. rindu lah dorang. betul rindu. tak boleh nak gelak gelak macam tu lagi lepas ni sebab masing masing dah masuk kolej. huaa..

takpelah. ada masa keluar jenjalan lagi kan. hehe.

....

eh, dah 5 am. esok kelas 830 am. wajib tido! kalau tak azam tak menjadi! haha

till then, cheerio!
RANDOM
dah cakap I baik dengan orang yang baik dengan I. kalau orang tu tade masalah, buat baik, hormat I, memang macam tu jugak lah i buat kat die. dan sebaliknya lah. okay.

3 comments:

Unknown said...

Muka memasing nampak letih. Nyum nyum lapar tengok makanan.

zarith said...

memang. rasa bersalah jugak ajak keluar. huhu.

ENCIK TIKUS said...

wahh sakan yeaa xD

another story

Related Posts with Thumbnails