2 new Missed Call from 01239****5
Terdetik. Siapa pula call ni. dah la orang ada presentation.
1 New Message
"Skynet, kenapa susah sangat nak angkat telefon, angkat la telefon tu, nak barang taknak?? dah la tingkat 5 tinggi"
Sender : (no name) 01239****5
Teringat Umi ade pos barang. rupanya Skynet. Tapi kenapa cantik sangat bahasa?
takpe. Aku reply.
"Saya dalam kelas. jumpa nanti petang boleh?"
Aku buat macam kawan je tegur macam senang jumpa. Haha.
Tapi ...
1 New Message
" Tak pasti r petang kiteorang sibuk, nak collect barang lagi"
Aku reply lagi.
"Pergi hantar ke blok ** sekarang. Ada orang tengah tunggu kat bawah. Takyah naik tangga. 019*******. Ni num dia. Dia dah tunggu. Ok."
Time ni hati aku dah panas. Tapi tahan. sebab jap lagi ada presentation. Gabra presentation tak habis lagi tambah pulak ade manusia macam ni. Tapi takpe. Comel lagi tu aku reply.
1 New Message
"Dari tadi kiteorang pergi sana call taknak angkat, naik tingkat tinggi tinggi, sekarang baru nak bagitahu, kiteorang ada banyak tempat lagi nak hantar barang, bukan kat sini je."
DUP!!
Hamboi bahasa kau. Memang bikin aku panas. Takpe, sebab aku fikir barang aku ngan kau, aku tak melenting kat kau.
Tapi macam ni ke servis kau. Sumpah petang tadi aku hangin. Kalau pos laju, kalau kat rumah takde orang and call tak angkat dorang taruk je notis kat pintu. Ini tidak. kau maki aku pulak. Memang aku takkan guna Skynet ni. Servis teruk!
Tapi ..
Aku balik dari present tadi aku takde nampak notis pape pun kat pintu. Ini memang hangin.! Dah tu macam mana aku nak ambil barang aku.
So, Aku call mamat tu.
Ohh, baik pulak cakap. Mula mula aku cuba nak cakap baik dengan mamat ni. Tapi bila teringat ape benda dia buat hal dengan takde notis tu memang melenting lah aku. Membebel lah aku cakap macam ni ke jaga customer, servis bagi kat orang, layan customer semua.
And lagi skali dia boleh cakap,
"Dah tu kiteorang penat naik banyak kerja nak buat call tak angkat!"
Ini memang melampau. Kan tak pasal pasal kau kena maki and tahu pulak nak terus letak tepon. Kenapa?? Takot nak dengar? Malas nak dengar? Macam tu cara cakap ngan orang?
Memang hati aku panas. Sepetang ni je kau dah spoil mood aku kaw kaw punya. Sumpah seranah tak payah cakap.
Yang pasti, APE TERUK NAU KORANG PUNYA SERVIS NI SKYNET????!!
piiiirrraaahhhhh~! |
*Pos Laju lagi bagus perkhidmatan dia dari skynet ni. Jauh lebih bagus!
0 comments:
Post a Comment