Wednesday, 31 August 2011

Syawal

Kalau dah ada kat kampung, kemalasan untuk mengadap laptop dan update blog adalah sangat tinggi. Tapi niat mesti ada. Oleh itu,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

&

Selamat Hari Merdeka!


xoxo,
Zarith

Wednesday, 24 August 2011

Tuesday, 23 August 2011

Jangan Pentingkan Diri

Walaupun ada segelintir manusia suka berkata:

“~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

INGATLAHHH yang menguruskan jenazah kamu ORANG LAIN,
 

yang sembahyang DAN mengkebumikan kamu ORANG LAIN,
 
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan ORANG LAIN..
 
jadi jangan menyusahkan MEREKA YANG LAIN dgn perangai kamu yg tidak diredhai Allah SWT..
** sedarlah dan janganlah kamu semua mementingkan diri.

My Personal Taste: Best Friends

My Personal Taste: Best Friends: source, Tumblr. There are two types of best friends : Number 1 : The best friend who you’re real close to. You see them at least twice ...

Monday, 22 August 2011

A New Like, Must LIKE.

Sejak dari hari hari hari hari tu lagi nak post pasal benda ni. tapi tak sampai sampai hajatnya. Kebetulan pulak pagi pagi buta lepas sahur memang kenyang perut suka hati tapi mata taknak tutup ni, maka bermulalah proses bukak Dashboard >> New Post >> Jari Layan Diri. Haha!

Okay mengarut!

Sebenarnya, nak share pasal page facebook yang dah takde lah lama sangat mula aktif. Baru sebulan lebih. PERHATIAN!!!



MUST Design & Printing ni menyediakan perkhidmatan design dan percetakan seperti :

 

Okay, dah macam skema pulak nak bagitahu pasal page ni. Haha!

So, sesiapa nak buat business card ke, banner ke, flyers ke,printing t-shirt ke, nak design untuk pape ke bolehlah LIKE MUST Design & Printing on Facebook or email @ mustdesprint@gmail.com. Untuk portfolio dan product printing yang telah dihasilkan, layan je MUST ni dekat facebook okay! LIKELIKELIKE!!




............and............


untuk couple ataupun tunangan ataupun husband and wife diluar sana nak MENANG OUTDOOR PHOTOSHOOT bolehlah menghantar gambar anda berdua bersama dekat sini!

cara nak menang senang je.upload gambar >> like paling banyak dan menang! Tak susah kan? Hehe..

Dan sebenarnya, aku pun ade sertai contest ni. tadi duk belek situ sini terperasaan page ni. Then like lah and terbaca dorang punya photo contest ni. 

So teringatlah, aku dengan lovebug pun 25 Ogos ni masuklah 3 tahun kami sebagai pasangan bercintaaa. Haha! memandangkan bajet takde tahun ni, tak boleh nak buat makan makan ke, pegi dating jalan jalan yang special sket ke, buat majlis pape ke, plus time tu masing masing dah sibuk nak balik raya, so aku join la contest ni. sekadar saje saje. Takde lah sampai nak memang. cuma, ape salahnya ada something yang aku buat untuk ingat tahun ketiga ni kan. Bila aku bagitahu lovebug, die berkeras taknak bagi. Yelah.. die bab bab like contest kat facebook ni die kureng sket. mungkin sebab die selalu perasan yang orang duk post kat wall ke suoh like lah apelah.

Oleh itu! aku janji la ngan die taknak lah berie sangat suoh like bagai ni. just join je untuk suka suka. hehe..

Okay lah tu kan? :)


Nilah gambar yang diupload untuk contest ni. Motif gambar ni? tak tahulah. suka tengok gembira macam ni. hopefully, kiteorang sampai berkekalan sampai akhir hayat. Amin.

Eh, tapi .. kalau nak like pun boleh. pegi LIKE page KameraMin and gambar tu skali tao! hehehe!

Random
kenapa setiap ayat kat atas tu macam ayat budak skolah je ea? Subuh punya entri kot. :p

Friday, 19 August 2011

Previously on Jon.


SELAMAT DATANG KE ALAM JON!




Haii.. Hello! Nama ai Jon! Ai lupa lah bila ai dilahirkan, tapi yang pasti ai mula hidup dengan mommy ai sejak 1 Ogos 2011. Haah! satu ogos lah! deddy ai dengan kawan deddy ai bawak ai jumpa mommy ai tao! nak suruh mommy ai jaga ai and sempena birthday mommy ai gtu! Yang tak tahan mommy ai tu risau sangat time deddy ai nak bagi ai kat die. Ish Ish Ish. mommy ai takot kena tepung sebenarnya! Apalah!

eh eh, ni ai tao yang layan entri ni. Yelah, sejak ai duk ngan mommy ai die tak pernah tunjuk perkenalkan ai kat blog ni mahupun twitter mahupun facebook! Geram tao!

Baiklah, hari ni ai nak perkenalkan diri ai sendiri! Ai tak kire!

Haaa.. mula mula ofcoz lah ai nak tunjukkan rumah ai. rumah ai cantik tao! 'kalerpul!' ni semua deddy ai hadiahkan. hehehe. ai suka duduk dalam rumah ai ni. Ada gim tempat ai berlari setempat, ada lobak yang ai boleh gigit gigit time ai bosan, ada tempat ai lepak and yang paling penting ada gelongsor. best wooo. yang paling best sekarang, mommy ai taruk rumah kaler pink dulu dalam rumah ai. Rumah dalam rumah. apa lagi. ai tidur jelah manjang! Senang hati betul. hehe

inilah rumah ai. ai duduk sebelah ngan tempat tidur mommy ai je. kalau ai nak pape mommy ai terus ada ngan ai! tapi tak best jugak, mommy ai suka kacau ai kalau ai tengah tido. hishh..
Dalam rumah yang 'kalerpul' ni la macam macam ada tu. Meh tengok lagi!

tadaa!! Nama ai ni deddy ngann kawan deddy ai, uncle Enya bagi tao.
yang kaler kuning tulah tempat lepak ai! Syok duk situ. angin sepoi sepoi bahasa gtu.
Memang situlah tempat lepak ai. Yelah, al maklum la bujang ni, kat situlah tempat termenung, tempat layan perasaan, tempat intai mommy ai buat ape. hehe. Yang kaler hijau tulah gelongsor ai. dah layan perasaan, tak boleh sedih sedih. kena enjoykan diri. so main gelongsor lah! hehe.. And yang kaler pink tu rumah ai cinta hati ai and tempat i menyorok. Nampak tak ai dalam rumah tu, mommy ai amik gamba, i tak suka! so baik i nyorok. haaa. padan muka mommy.

and ini, ai jarang layan gim ai ni. stakat lari setempat je buat ape. taknak lah!
 Seriously, ai jarang sangat bersenam. Malas lah. ai lebih suka makan. Kat mana mana pun kalau nampak makanan ai laju je. ai nak gemuk. ai taknak jadi keding macam mommy ai. buruk! Haha. Sorry Mommy!

Alaaaa. jangan la jaadi paparazzi lagi. ai nak makan lah!!
Tapi kan. Ai frust ni, deddy ai janji nak bawak ai jumpa 'someone'. Tapi takde sampai sekarang. ai dah bosan sorang sorang makan tidur makan tidur dalam rumah tu. Entah bila la ai dapat teman hidup ni. haih. Kesian betul ai kan. sebab tu la ai tidur je manjang. kadang kadang ai merajuk dengan mommy ai. kalau mommy ai tengok, macam nak amik ai, ai buat buat tidur. biar padan muka mommy ai!


 Tapi kan, ai happy je sekarang ni. mommy ai cerita kat ai, 'kakak' ai dulu hidup susah je. takde rumah macam ai duduk skang. Tapi apakan daya, 'kakak' ai hidup tak lama. Tak sempat ai tengok macam mana rupa 'kakak' ai. Mesti cantik dah lawa macam adik die ni kan! He He.

Eh, ai dah penat lah. berlari melompat setiap huruf untuk siapkan entri ni.Dah cukup kot sesi perkenalan ai a.k.a Jon. Sekarang ai dah nak tidur, jap lagi pun mommy ai dah nak balik kerja. Nanti die marah ai main laptop die ni haa. Baik ai pegi tidur sekarang. Okay Bye.......!

Eh, kejap ...

HENSEM kan ai. *winkwink

kaki jon cakap "Jangan bagitao mommy!"

Wednesday, 17 August 2011

Wordless Wednesday #2


SaidandDone#1


When things are tough, remember:

 "Every flower that ever bloomed had to go through a whole lot of dirt to get there!"
..........and..........

Tough times come and go, always remember :

"No storm last forever, and when it's gone there's beautiful weather!" 

#credit @ ihatequotes

Sunday, 14 August 2011

1 Hari 1 Resepi

Bila hati gembira, makanya excited jadinya.

Bila excited jadinya, makanya lajulah menaipnya ...

Finally dapat jugak beli buku resepi ni!!!! hehe. dah lama cari, tapi tak jumpa. mmg tak jumpalah kalau cari kat MPH. sebab kat situ takde. thehe..


Tapi takdelah satu hari buat satu resepi ni. cuma belajar. mungkin mulai sekarang dah boleh belajar masak sikit sikit. 

sikit sikit lama lama jadi bukit,

makanya,

belajar belajar amal buat selalu lama lama jadi pandai!

hehe.sekadar motivasi semangat untuk diri sendiri. ♥♥

"lebih suka belajar buat dessert dari masakan. tapi kena belajar dua dua jugak. :) "

Wednesday, 10 August 2011

Wordless Wednesday #1 - Nama Kampung di Austria

Fucking - sebuah nama kampung kat Austria. 



err..aku tak mengarut okay.

Ara recorded this video by herself.

Bila laptop ditukar hak milik tanpa pengetahuan!

Sedar sedar video ni dah ada dalam laptop ni. haha! Ara~Ara~ takde keje!

Random
Rindu mereka lah. :(

Tuesday, 9 August 2011

#DamnItsTrue




"Sometimes I have so many thoughts in my mind, but I can’t make them into words. "




Saturday, 6 August 2011

Bertudung @ Belum

Bila timbul isu ni memang akan panjang lebar segala hujahnya. Yang bertudung dengan hujah sendiri. and yang freehair dengan hujah sendiri. Memang kalau ikutkan aku tak berapa layak nak cakap pasal ni. sebab masih lagi cuba baiki diri sendiri.

Tadi, terbukak satu profile kat facebook. itu pun buka bila tengok profile picture die yang macam ni.

credit image-google
padahal baru je lepas update status,
"sejuk hati tengok waheeda sekarang. suatu hari nak jadi macam dia. Insyaallah."
so bila bukak profile budak tadi baca older post die. and die reply pasal isu kempen bertudung kat facebook.

"owh..yg bertudung, anggap diri sdri dah baik, berani plak kutuk2 yg belum bertudung. yang belum bertudung plak, masih cube menegakkan benang yang basah..so, camtu lah jadinya..:)

kite yg sudah bertudung, cube sedaya upaya membimbing yg belum bertudung. bukan mengeji, tp mendidik. InsyaAllah..segalanya akan ok..;)" - Kawan dari Facebook.

seriously lepas baca rasa macam bagus gila budak ni.

Yelah,

#1 - Die tak cakap yang TAK bertudung, tapi yang BELUM bertudung.
Maksudnya, die mengharapkan yang freehair tu akan bertudung cuma tunggu belum      masanya je.

#2 - Die TAK memandang keji/serong pada yang belum bertudung.
Bila membaca komen die sendiri,dia pun tahu perangai orang bertudung dengan belum bertudung. masing2 bercakap tentang masing masing.

#3 - Die MENERIMA pandangan orang tanpa melenting.
Malah dia berniat cuba untuk mendidik dan bukannya mengeji.

TAHNIAH untuk dia.and Terima Kasih.

Bagi pandangan aku, memang, and MEMANG kalau isu ni ditimbulkan, macam macam hujah keluar. and setakat ni aku belum jumpa yang bertudung cuba untuk tegur dengan cara macam ni. and YA, memang ade menegur, tapi belakang, dikutuk dan dikejinya juga..

Insyaallah, aku pun cuba nak elokkan perangai dan perwatakan serta pakaian. Moga aku tidak tergolong dalam umpatan keji orang. Amin.

Random
pun teringin nak jadi macam dia tu. :p

"Ku Pohon Restu Ayah Bonda" - Cover by Ajek Hassan

 Not Bad!


Ku Pohon Restu Ayah Bonda

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Random
layan youtube, jumpa lagu ni. bukan semangat lagi nak raya sebenarnya. awal lagi. :p

Thursday, 4 August 2011

30 Day Song Challenge

Bila ada hati sangat nak buat semua benda alah ni. 30 Day dulu pun belum ngam ngam lagi. dah sibuk nak buat yang ini. Takpe. bila rajin teruskan. bila malas biarkan. Boleh?

day 01 - your favorite song
day 02 - your least favorite song
day 03 - a song that makes you happy
day 04 - a song that makes you sad
day 05 - a song that reminds you of someone
day 06 - a song that reminds you of somewhere
day 07 - a song that reminds you of a certain event
day 08 - a song that you know all the words to
day 09 - a song that you can dance to
day 10 - a song that makes you fall asleep
day 11 - a song from your favorite band
day 12 - a song from a band you hate
day 13 - a song that is a guilty pleasure
day 14 - a song that no one would expect you to love
day 15 - a song that describes you
day 16 - a song that you used to love but now hate
day 17 - a song that you hear often on the radio
day 18 - a song that you wish you heard on the radio
day 19 - a song from your favorite album
day 20 - a song that you listen to when you’re angry
day 21 - a song that you listen to when you’re happy
day 22 - a song that you listen to when you’re sad
day 23 - a song that you want to play at your wedding
day 24 - a song that you want to play at your funeral
day 25 - a song that makes you laugh
day 26 - a song that you can play on an instrument
day 27 - a song that you wish you could play
day 28 - a song that makes you feel guilty
day 29 - a song from your childhood
day 30 - your favorite song at this time last year

sanggup? habiskan lah yang lama tu dulu wahai Zarith. hehe

Random
Thanks to Encik Azam sebab post benda ni kat facebook. gua minat bab-bab lagu macam ni. heh heh

Wednesday, 3 August 2011

#Quick Update

"Beauty isn't about having a pretty face. It's about having a pretty mind, a pretty heart, and a pretty soul. -

***
Bila dah lama tak update, rasa janggal untuk menaip. tapi kalau dibiarkan makin lama, makin janggal lah yang dapat.

Hari ni dah masuk puasa ketiga. Alhamdulillah.

Random
tadi time beli makan tengok sorang mamat sorang sorang baca doa sebelum makan and muka die nampak sangat bersyukur sebab dapat makan. *tersentuh. Semoga rezeki mamat tu bertambah tambah lagi. amin.

Monday, 1 August 2011

1 August 2011

hari ni dah start puasa. terasa hiba bila sahur sorang sorang. sedih.

hari ni dah masuk 22tahun.dah makin tua and first time dalam bulan puasa. alhamdulillah. semoga panjang umurnya lagi. amin.

hari ni dapat anak baru, John. selepas googoo and gaga. and pagi ni, melayankan si John. tetiba sebak teringatkan googoo and gaga. kalau dorang ada mesti dorang dah main sama kan. :'(

hari ni. ntahlah. mungkin sebab sorang sorang sensitifnya lain macam. first time sorang sorang awal puasa macam ni. nak umi :'(

and.

hari ni, setelah lama xblogging. tergerak hati bukak blogspot. and taip semua ni.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa blogger.

another story

Related Posts with Thumbnails